ALWAYS LOVE YOU *oneshoot*
“woi! Cepatlah!”
aku tersedar dari
lamunan. Beg di sebelah pantas aku galas. Kaki laju melangkah membuntuti Faisal
masuk ke dalam perut komuter. Dalam beberapa saat pintu ditutup dan kemudian
meluncur laju.
Bola mata terarah pada pemandangan di luar. Tiada apa yang
menarik. Sama seperti hari-hari sebelumnya. Sama seperti tahun lepas. Tiada apa
yang berubah.
Pandangan kini teralih pada kerusi yang berada di sudut
hujung gerabak. Kerusi yang selalu aku duduk bersama dia. Helena. Gadis yang
berkulit hitam manis. Mempunyai mata yang galak dan rambut yang sedikit ikal.
Senyumannya yang comel diapit oleh dua lesung pipit yang agak dalam.
Sejak kebelakangan ini aku sentiasa teringatkan dia.
senyuman dia. gelak tawa dia. bau perfume favourite dia. rindu? Aku rindu dia?
memang pun. Rindu setengah mati. Macam lagu D’masiv tu.
Orang cakap kalau rindu, jumpa orangnya. Tapi dia dah tak
ada kat sini. Call? Nombor baru dia pun aku tak tau. Orangnya hilang tanpa
berita. Nak tengok gambar lagilah! Semua gambar dia aku dah buang. Kenapalah
aku bodoh sangat masa tu. Sekarang dah merana. Padan muka kau kasyfi!
*******
“ma.. harini Lena balik petang! Ada study group dengan kawan
kelas!”
kasut sekolah aku sarung pada kaki. Beg sekolah aku galas.
“Lena pergi dulu ma!
Assalamualaikum!”
kedengaran mama menjawab salam dari belakang rumah. Aku
melangkah keluar dari perkarangan rumah.
“morning Helena!”
Joy memberhentikan
motornya di hadapanku. Satu senyuman yang cantik dihiasi dengan barisan gigi
yang putih dan tersusun rapi dilontarkan padaku.
“morning joy.” Jawabku sambil membalas senyumannya.
“wanna ride with me?” Joy mempelawa.
“nope. It’s okay.
Thanks.”
Aku melemparkan
senyumanku yang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan dia. Joy berlalu
bersama motosikalnya selepas membalas senyumanku.
Mataku menghantar kelibat Joy sehingga dia hilang dari
pandangan. Ingatanku mula teringatkan detik-detik manis bersama Kasyfi.
Berjalan ke sekolah bersama. belajar bersama. pergi tuisyen bersama. sentiasa
hangout setiap dua minggu sekali.
Aku tak pernah lupakan semua detik manis tu. Tapi dia tak
pernah hargai. Hanya jadikan aku sebagai mainan dia. ungkap pelbagai janji
setia. Rupanya belakang aku main kayu tiga. Bila rahsia dah pecah, dia campak
aku macam kucing kurap. Hina aku depan kekasih gelap dia tu.
*******
“Helena kirim salam kat korang berdua.” Aku terdengar
perbualan Serina.
“macam mana kau contact dia?”
Serina tergamam.
“kau mesti ada nombor dia. bagi kat aku.”
Serina mengangkat bahu dan berjalan ke tempat duduknya. Aku
mengekorinya.
“sampai hati kau tipu aku. Now give me her number. I need to
talk to her!”
Aku tak sedar yang suara aku agak kuat. Semua mata di dalam
kelas kini tertumpu pada aku. Serina masih tidak memperdulikan aku macam aku
tak wujud.
“please..I’m begging you..”
Aku merayu. Serina menjeling tajam.
“dulu dia merayu kat kau. Tapi apa kau buat kat dia? kau
hina dia depan skandal kau tu.”
“I now that. I’m the guilty one. Tapi aku nak minta maaf kat
dia.”
Aku langsung tak menghiraukan mata yang memandang.
“aku tak nak bagi no fon dia. tapi aku boleh bagi kau klu
dia duduk kat mana. Dia duduk kat KKB.”
Aku tersentak. KKB?
“bagilah aku alamat specific sikit. KKB tu bukan kecil.
Macamlah aku selalu pergi sana.”
Aku berharap Serina memberi maklumat lagi.
“tak nak. Kalau kau ikhlas nak minta maaf kat dia kau kena
berusaha sendiri. Anggaplah ni hukuman atas apa yang kau dah buat kat dia.
kalau aku kat tempat Helena, aku takkan maafkan kau lepas apa yang kau dah
buat.”
*******
Nasib baik aku ada kawan kat sekolah-sekolah kat KKB tu.
Senanglah kerja aku nak track dia. tak sampai seminggu aku dapat alamat penuh
dia. Ni semua berkat usaha aku masuk kelab hoki. Sambil lawan sambil tu kumpul
kawan dari sekolah lain.
Kalau ikut cara Serina tu, mau tercabut kaki aku ni nak
menapak kat KKB tu semata-mata nak cari rumah Helena. Yes! I know sacrifice of
love. Tapi banyak lagi kerja yang aku nak buat. Hoki lah..homework lah..kelas
tambahan lah..study group la. Yang pastinya sekarang ni bukan masa yang sesuai
untuk aku buat pengorbanan cinta semua tu. I’m still young. By the way, alamat
dah ada. Helena, here I come!
*******
“Lena! Ada kawan datang!”
Kawan? Siapa? Pen ditangan dilepaskan. Aku berjalan
meninggalkan meja belajar. Mataku mengintai disebalik jendela. Motor? Orangnya
mana? Aku melangkah keluar dari rumah dan menuju ke pintu pagar.
“Joy? Ada hal apa sampai datang rumah ni?” aku membetulkan
rambut yang agak kusut masai.
“esok free?” keningnya diangkat.
“esok free je. Why? Nak ajak date ke?” aku membuat gaya
gedik.
Joy memasang senyuman miang. “hmm...date...where you wanna
go?”
“candle light dinner?” aku merenung dia. serentak ketawa
kami berderai. Boleh tahan jugak si Joy ni bergurau.
“dah cukup! Back to the point. Esok Dina ajak study at her
place. Join?” Joy mengangkat kening sekali lagi.
“time?”
“after zohor”
“okay. Join!” aku mengangkat ibu jari padanya.
“good girl.” Tiba-tiba Joy mengusap kepala aku.
“hey! I’m not you sister!” aku mencekak pinggang sambil muka
marah yang dibuat-buat.
“of course your not my sister. But you’re little like a
sqiurrel.” Joy tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu.
“squirrel..so,I’m kinda cute..” aku menolak rambut ke
belakang macam iklan syampu.
“yes..you’re cute.” Dia menopang dagunya pada handle motor
sambil tersenyum manis padaku. aku terpempan. Mataku dan dia bertaut seperti
sedang berbicara dari hati ke hati.
Aku tersedar dan cepat-cepat mengalihkan pandangan aku.
“Joy..I have lots af work to do now..so..” eh? Khayalan aku ke ni? Atau memang
betul tu Kasyfi?
Aku cuba memerhati dengan lebih tajam. Terperasankan aku
sedang memerhatikan dia, pantas dia memecut motornya. Aku cuba mengejar tapi
semakin menjauh.
“need help?” muncul Joy.
“no. Thanks. You should go home. Kejap lagi nak masuk asar.”
“okay. Seeya tomorrow my dear.. bye.” Sekejap sahaja Joy
menghilang.
Aku berjalan balik ke rumah. Otakku ligat berfikir betul ke
tu kasyfi? Kalau betul kenapa dia lari? Kenapa dia datang sini? Macam-macam
soalan timbul. Tapi persoalan yang paling utama sekali macam mana dia boleh tau
rumah aku? Serina pun tak tau pasal ni. Dia just tau aku duduk area KKB. Ishh!
Macam mana aku nak lupakan dia kalau dia muncul balik selepas dua bulan aku
pindah.
*******
“kau dah jumpa Helena?” entah sejak bila si Serina ni dah duduk
sebelah aku.
“dah” ringkas jawapan aku.
“apsal kau lari? Pengecut.”
Aku cili jugak mulut Serina ni! Sedap rasa dia je kata aku
pengecut. Tapi aku sendiri tak tau kenapa aku lari. Padahal beria-ia sangat nak
jumpa dia.
“dia dah ada pengganti?”
“tak. Dia tak pernah cerita pun. Kenapa?”
“takde apelah. Dah! Aku tengah sibuk ni. Pergi balik tempat
kau. Rimas aku ada burung murai.”
*******
“minggu depan ada pesta buku. Budak akaun nak buat konvoi
pergi sana. Nak join tak?” Faisal menghulur kerepek padaku.
“diorang ajak kita ke?” aku sambut plastik berisi kerepek
dari tangan Faisal.
“sebab diorang ajaklah aku bagitau ni. Nak tak?”
“boleh je. Lagipun dah lama aku tak hangout.” Kerepek aku
suakan ke dalam mulut.
“kau tu mengada-ngada. Sibuk layan perasaan kau tu je. Orang
ajak keluar tak nak.”
*******
“kita pegi booth gempak lah. Aku nak beli komik.” Faisal
menarik bahu aku.
“kejap lagilah. Tu ha depan tu ada booth Sasbadi. Kita
singgah kejap. Aku nak beli buku rujukan fizik. Buku aku dah hilang.” Sejurus
itu aku dan Faisal meredah lautan manusia sehingga sampai di hadapan booth
Sasbadi. Seperti aku jangka, ramai orang memenuhi booth ini.
Mata aku melilau mencari kategori buku yang aku hendaki.
Tiba-tiba mataku menangkap sesuatu yang berdekatan denganku. Helena. Mamat yang
aku nampak haritu pun ada. Nampak macam hubungan diorang berdua tu rapat.
Entah entah...memang tepat jangkaan aku. Dia dengan mamat tu
sekarang. Cepat betul dapat pengganti. Ciss! Dasar perempuan. Semua sama!
Tiba-tiba dia berpaling dan memandang aku. Buat seketika,
mata aku dan dia bertembung setelah sekian lama. rasa rindu telah terubat.
*******
“Mona dengan yang lain mana?” soalan Joy membuat aku
tersedar. Diorang semua dah hilang. Tinggal aku dengan Joy je.
Bola mata diarahkan untuk mencari kelibat mereka. Tiba-tiba
mataku terhenti pada orang yang amat aku kenali. Orang yang amat aku cintai
pada suatu masa dahulu hinggalah kini.
Kami bertentang mata seketika. Matanya seperti hendak
berkata-kata. Aku rindukan pandangan mata itu. Entah apa yang terjadi,
tiba-tiba mukanya berubah seperti marah dan akhirnya tautan mata diakhiri
dengan stau jelingan yang tajam.
Aku terpana. Apa aku buat sampai dia jeling macam tu? Tanpa
berfikir panjang, aku mengejar langkahnya yang mula meninggalkan booth. Aku
redah manusia-manusia yang menghalang jalan aku. Dan akhirnya aku sempat
mencapai lengannya. Dia terkejut apabila melihat aku. Aku tenung ke dalam anak
matanya.
“kenapa jeling macam tu? Kali ni apa pula salah Lena?
Cakaplah. Cakap!” aku tidak dapat mengawal perasaan lagi. air mata aku cuba
tahan dari merembes keluar. Dia hanya menyepi.
“haritu kenapa lari?” dia merentap lengannya.
“kalau nak bermusuh dengan Lena kenapa pandang Lena dengan
muka bersalah tadi?” hujung bajunya aku tarik sedikit.
“Helena? What’s wrong here? Who is he?” Joy muncul. Kasyfi
menoleh padaku dan tersenyum sinis.
“Afiey..ni Joy..classmate Lena. Joy, ni Kasyfi.” Joy
menghulurkan tangan. Kasyfi menyambutnya lambat.
“classmate konon. Aku tengok korang berdua je.” Dia menjeling
padaku.
“just now ada few classmate dengan kitorang sekali. lepas tu
entah mana diorang pergi. Jangan salah faham.” Joy membuat muka selamba.
*******
Suasana disekeliling hingar bingar. Namun suasana antara
kami berdua sunyi sepi. Pelik betul. Tadi bukan main lagi dia tarik aku keluar
dari bangunan PWTC tu. Lepas tu heret aku sampai kat starbuck depan satu
complex ni. Sekarang membisu pulak.Kesian Joy tinggal sorang-sorang
“ I thought you still mad at me.” dia memalingkan mukanya
dari aku.
“I’m still mad.”
“i’m sorry Lena...what happen before..”
“lets forget about it. All about it.” Kata-katanya aku
pintas. Malas nak ingat cerita lama.
“but..will you forgive me?”matanya memandangku dengan sayu.
“I already forgive you long time ago.” Senyuman ikhlas diberikan.
“tapi kenapa pindah tak bagitau Afiey?”
“Lena ingat Afiey dah tak peduli pasal Lena.lagipun Lena
ambil kesempatan tu nak lupakan Afiey.” Muka Kasyfi berubah. “tapi tak sangka
pulak Afiey datang cari Lena. That time..I was so happy! Can’t believe that you
still care about me...” senyuman mula terukir dibibirnya.
“do you still love me?”
“I always love you.”
“saya cintakan awak. Boleh bagi Afiey lagi satu peluang.
Afiey janji kali ni Afiey takkan sia-siakan Lena.” Tanganku digenggam erat.
Aku mengangguk tanda setuju.